Make It Real, Dear! :)

Make It Real, Dear!  :)

Saturday 5 November 2011

Aidil Adha datang lagi :)

Assalamualaikum....
Hye...

Setelah terlalu lama Misz Yuyu tidak meng'update' blog dengan entri-entri dan cerita-cerita, akhirnya Misz Yuyu sudah ada sedikit kekuatan untuk kembali menulis. Walaupun masih terkesan di hati Misz Yuyu atas apa yang berlaku, tapi Misz Yuyu sudah ada sedikit keyakinan dan kekuatan untuk menempuh setiap jalan di hadapan dengan tenang dan sabar. InsyaALLAH.

Then, tak Misz Yuyu lupa jugak kepada sahabat-sahabat yang Misz Yuyu sayang kerana banyak memberi sokongan dan nasihat sepanjang Misz Yuyu keliru dan celaru. Terima kasih atas doa-doa kalian. Mohon agar ALLAH sentiasa merahmati anda semua. Amin ya rabbal a'lamin.... :)

Ok lah, berbalik pada tajuk entri!!!

Misz Yuyu ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA kepada semua pembaca blog Misz Yuyu dan tidak pernah Misz Yuyu lupakan kepada followers kesayangan Misz Yuyu (macam lah ramai sangat?? tangan di dada, mata ke atas!) Then, selamat menjalani ibadah korban kepada anda semua. Semoga segala yang kita lakukan adalah ikhlas dan atas nawaitu yang betul. InsyaALLAH! :)

Tapi kan you all... Misz Yuyu nak tanya, apa pengorbanan terbesar yang pernah you all buat dalam hidup you all semua? Hurmmmm..... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan... :)

SALAM AIDILADHA 1432H,
With a bundle of love,
Misz Yuyu.....


Friday 7 October 2011

M O o D Y (T_T)

Assalamualaikum.....

HARAP MAAF, MOOD MISZ YUYU DALAM KEADAAN TIDAK MENENTU SEKARANG.
TIADA UPDATE, ENTRI BARU UNTUK PARA PEMBACA. MAAF SANGAT, SANGAT, SANGAT, SANGAT.

MOHON DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MISZ YUYU DAN MR. AMIR.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

ALLAHUMMA LAYYAN LI NURUL ADIBA IZZAH BINTI MOHD RAPI QALBAHU AMIR QAHHAR BIN MUHAMAD KAMA LAYYINTA LIDAA WU DAL HADIDA...


AMIN YA RABBAL A'LAMIN....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH HANI....

YA ALLAH, LEMBUTKANLAH BAGI NURUL ADIBA IZZAH BINTI MOHD RAPI HATI AMIR QAHHAR BIN MUHAMAD SEPERTI MANA ENGKAU LEMBUTKAN BESI BAGI NABI DAUD....

AMIN YA RABBAL A'LAMIN....

Friday 30 September 2011

Sudah Bermula!!!

Assalamualaikum..... :)
Hye......

Ermmm... Dah 3 minggu class start. So, assignment pon dah mula datang satu per satu... Aduiiii..... Biasalah... Malas ke rajin ke kena submit jugak assignment tu. Hurmmm >,<

Tapi boleh je kalau tak nak submit, jangan mengeluh tengok carrymark untuk dibawa masa final exam yerr.... Huhuhu..... >,<

So... Perjuangan untuk sem nie dah start! Erm... Hopefully better than last semester! Yup! Walaupun Misz Yuyu nie bukanlah terdiri dalam kalangan bijak pandai tapi Misz Yuyu masih boleh perform ngan ok. And walaupun result tak la sampai 4.00 tapi tak ada la sampai kena tarik loan PTPTN... Ngeee~~

Ermmm Wish me best of luck yeah! :)



XOXO,
Misz Yuyu,
~make it real, dear!~

Wednesday 21 September 2011

I'm Coming, Mama..... :))))

Assalamualaikum... :)

Hari nie hari Rabu... So klas Misz Yuyu ada satu jer la at 10am-12pm... :)))
Tapi tak taw la kot2 ada perubahan jadual... Huk3... Oh TIDAKKKKK...

Misz Yuyu is having a trip to go home right now! And I'm in the TRANSNASIONAL bus...
(perlu ke mention?? tettt!!) Huhu...

Ermm.. ari Khamis a.k.a esok, Misz Yuyu memang free.. Tak ada klas... So, that's why balik umah... Huhu..
Tapi actually Misz Yuyu balik nie sebab nak ambik barang2 yang tertinggal hari tu.. Sebelum balik Mache... So, sebelum jadual berubah, sebelum modul start, baik balik dulu... Hehe...

Tu jer kot nak tulis hari nie....

MAMA.... I'M COMING HOME...
RINNNNDUUUUUU!!!! Muahhhhh!!

XOXO..
Misz yUyU,
~make it real, dear!~
<3 <3 <3

Monday 12 September 2011

KLATE oh KLATE....~~ PART 1

Assalamualaikum.... :)

Saat ini... (waaahhhhh!!!) Misz Yuyu telahpun selamat sampai di rumah sewa yang disewa dengan harga RM700 per semester tanpa bil air dan elektrik then plus, makan dan minum! Perghhh!

So, perjalanan sebagai student a.k.a mahasiswi kembali berjalan semula selepas hampir 4 bulan membina badan di rumah ayahanda dan bonda tercinta... Hukhukhuk.... Sedih dow nak tinggal rumah! Walaupun umah Misz Yuyu tak ada la tersergam indah kat atas bukit, then besar gedabak, tinggi melangit, ada kereta 5,6 bijik tapi Misz Yuyu bahagia je duk kat umah tu. Tu lah umah hasil titik peluh abah Misz Yuyu kerja selama hampir 20 tahun. Terharu dan besar sungguh pengorbanan seorang insan bergelar ABAH nie! (T_T)
Adakah anda pernah terfikir kan nya???? Renung2 kan lahhh yeaaa..... :)

Betul sangat3 apa orang kata,
`rumah ku, syurga ku'
`home sweet home'
`baiti jannati'


tak taw umah sape nieee!


Ok... Back to our entry!!! Huhuuu..... >,<

Okkkkk.... Sebenarnya seriously Misz Yuyu sedih sangat nak balik sini... Rasa macam tak mau balik jerrr... Seronok duk kat umah agiii... Then melayan cakap dengan si comel yang gemok tuuu.... Aduuusss... Seronok!

RINDU NAK BALIK UMAAHHHHHH!!!!

(T_T)
Misz Yuyu....

~UiTM Kelantan, Kampus Machang~
P/S : bules dop, nop mari ari konvo jer??!!
ngeee~~~

Saturday 10 September 2011

3 tahun sudaaaa.... :)


Assalamualaikum... :)

ALHAMDULILLAH!
3 September 2011 hari tu, genap 3 tahun hubungan Misz Yuyu ngan Mr. Amir... :)

Dah 3 tahun Misz Yuyu menyulam cinta, kasih dan sayang bersama si dia... :)
Nampak macam pendek jer tapi bagi kami yang bercinta jarak jauh nie memang sangat bererti...

3 tahun adalah angka yang tak sangka akan dicapai oleh kami. Sebabnya, macam yang orang ramai tahu, hubungan cinta jarak jauh memang susah nak jaga... YEA! Misz Yuyu setuju sangat! Sepanjang hubungan nie, memang kami banyak gaduh laa.... Adussss... Mr. Amir sangat busy and focus pada job dia sampai tak ada masa nak luangkan ngan Misz Yuyu.. Misz Yuyu plak jenis yang nak text je slaluuu... Duk sembang kat fon je... Tapi tak leh la... Dia kerja... Aduss.. Sangat sadis!

Ok lah, meh Misz Yuyu citer skit detik2 perkenalan kami... Wahhhhh gituuuuu... Kelasss kau Jah??? :)

KENAL
Misz Yuyu mengenali Mr. Amir masa Misz Yuyu umur 18 tahun. Tengah study lagi, Form Lower 6. Ayah sepupu Misz Yuyu yang memperkenalkan Misz Yuyu dengan Mr. Amir. Sebenarnya ayah sepupu Misz Yuyu study kat Institut Perwaja Steel (ITP), Kemaman. Then, Mr. Amir pun study kat sana. Mr. Amir nie orang Kelantan Darul Naim (KLATE). So, every weekend, ayah sepupu Misz Yuyu balik la umah dia. Umah dia sebelah umah Misz Yuyu. Secara tak langsung, Misz Yuyu taw la skit2 sal kawan dia yang dia bawak balik tu... Tapi Misz Yuyu tak usha... Just tengok jer.. Tapi dalam hati ada jugak kata, 'handsome gak dak nie!'... Huhuuuu (malu nih!)


BENCI
Misz Yuyu sebenarnya benci dia.. Sebab dia suka main2. Tak serious.. Duk wak lawak jer... Bengang la Misz Yuyu ngan perangai dia! Tapi dia kata tu lah yang dia paling suka tengok.. Bila Misz Yuyu marah2 tu lah! Oloh??? >,< Kiter marah dia berapi2 tapi dia kata dia suka tengok?? Tapi seriously, memang Misz Yuyu benci sungguh kat dia masa tu! Geram yang teramat sangat!


KAWAN
Every weekend diorang balik... Misz Yuyu tak ada la sampai ternanti2.. Gatal tuh! Huhu... Then, tanpa Misz Yuyu sedar, dia ada text Misz Yuyu.. Ohhhhh.... Tapi Misz Yuyu tak layan sebab Misz Yuyu jenis memang tak layan kalau nombor tak kenal, masuk dalam fon tanpa bagitau dia tu sape2... Okkk..... Sampai la Misz Yuyu tanya ayah sepupu tu, then dia kata tu nombor Mr. Amir... Awww....! Then, kitorang text2 jugak, call, tapi jumpa jarang2 jer.. Yela, masing2 study lagi kot... Uishhh....

Suatu hari tu, dia missed call Misz Yuyu. Then Misz Yuyu pun, text dia,
MY: apa barang main missed call boss??
MA: oh... mu kenal nombor aku erk??
MY: yeala...mesti la saya kenal nombor awak!

Misz Yuyu tak taw cam ner hati Misz Yuyu meronta2 nak guna cakap 'saya,awak'. Padahal sebelum nie duk cakap 'aku,mu' jer! Huhu.... Then, kitorang pun kawan la.... Selalu contact... Tapi tak lama...

DECLARE :)
Ok lah.. Dipendekkan cerita, on September 3, 2008, dia minta our relationship be more serious. Misz Yuyu sebenarnya tak mau lagi.. Sebab kita kenal sekejap jer, gaduh2, perang2, then, nak couple. Tapi bila tengok kesungguhan dia, Misz Yuyu terima and kami declare couple on that day.

PERASAAN
Sejujurnya, Misz Yuyu rasa sangat happy dan bahagia dengan dia sekarang. Walaupun gaduh macam nak gila, tapi both of us memang susah nak cari yang lain. Konon2 nak break la apa la, tapi sume back to basic! Wahhh??? >,<


Of course la rasa SAYANG pada pasangan kita kan... Walaupun dia tak ada la handsome sangat tapi Misz Yuyu memang salute, tabik spring kat ke'handsome'man attitude dia. Misz Yuyu jenis yang serious, garang, disiplin tapi dia jenis penyayang, sabar sangat3! SUMPAH! Dia adalah lelaki yang sangat sabar yang pernah Misz Yuyu kenal selama nie.... Tapi, mesti dia ada kekurangan sikit. Biasalah tu. Kalau semua perfect, bukan manusia dah tuuuu... Uisshhhh....


DATING
Ok, sebenarnya banyak suara2 sumbang yang Misz Yuyu dengar sal Mr. Amir. Firstly, sal siapa dia?? Ok, Misz Yuyu faham, memang Misz Yuyu tak upload gambar2 Mr. Amir sama ada di FB, blog. Bukan apa, kami memang jarang sangat jumpa. Dia busy sangat and jenis malas nak ambik cuti. Sebab kalau ambik cuti banyak2, takut bila ada event besar2 dia tak leh apply cuti dah.. Kan ke rugi tu?

Then, takkan Misz Yuyu tak MMS? YEA! Memang tepat sekali! Misz Yuyu tak MMS ke 3G ke apa ke. Sebab dia pakai fon biasa2 sahaja.. Tak ada camera2 nya. So tak leh la MMS ke 3G ke apa ke. Tapi Misz Yuyu tetap bahagia kan?

Misz Yuyu pun tak tahu la kenapa tapi hati Misz Yuyu memang rasa tak leh terima orang lain la.. InsyaALLAH kalau betul jodoh kami, kami akan disatu kan dalam sebuah ikatan bernama PERKAHWINAN.. :)

XOXO,
Misz yUyU.
~make it real, dear!~

Thanks for everything, daddy!
I LOVE YOU!

Friday 9 September 2011

MERDEKA!!!!

JALUR GEMILANG
kebanggaan kita! :)

Assalamualaikum... :)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Walaupun tarikh 31 Ogos dah lama berlalu tapi disebabkan kemalasan Misz Yuyu mengupdate blog, so, baru hari nie Misz Yuyu nak wish merdeka... Huhu... Maaf yea..... 
Lagipun kedapatan (wahhh... kedapatan you alls!) problems yang tak leh nak elak.... Hurmmm.... ;)

Erm... Nak cakap sikit la... Tapi memang tak ada unsur politik k... Personally, Misz Yuyu tengok negara kita yang kita cintai nie sekarang nie, banyak berlaku perbalahan. Sekejap orang tu kata macam tu, sekejap orang tu kata macam nie.. Ermmm... Then, berlaku lah perang mulut... Baru2 nie ada isu pasal perjuangan tu... Misz Yuyu pun tak tau sangat citer nie, so tak leh nak cakap lebih2...

Bila di fikir2 kan, kalau kita duk kelahi sesama kita nie, apa erti kemerdekaan yang kita duk laung2 tu? Apa erti penat, lelah, perit, pedih, susah, payah pejuang2 kita terdahulu duk berperang nak dapatkan bumi MALAYSIA nie, sampai ada yang mati di tangan penjajah2 durjana tu! :'(

16 September nie MALAYSIA akan menyambut HARI MALAYSIA. Misz Yuyu harap semuanya berjalan lancar... And ada la cuti... Huhu... >,<

Apa2 pun...
Salam MERDEKA dari Misz Yuyu,
XOXO,
~make it real, dear!~
:)