Make It Real, Dear! :)

Make It Real, Dear!  :)

Saturday 5 November 2011

Aidil Adha datang lagi :)

Assalamualaikum....
Hye...

Setelah terlalu lama Misz Yuyu tidak meng'update' blog dengan entri-entri dan cerita-cerita, akhirnya Misz Yuyu sudah ada sedikit kekuatan untuk kembali menulis. Walaupun masih terkesan di hati Misz Yuyu atas apa yang berlaku, tapi Misz Yuyu sudah ada sedikit keyakinan dan kekuatan untuk menempuh setiap jalan di hadapan dengan tenang dan sabar. InsyaALLAH.

Then, tak Misz Yuyu lupa jugak kepada sahabat-sahabat yang Misz Yuyu sayang kerana banyak memberi sokongan dan nasihat sepanjang Misz Yuyu keliru dan celaru. Terima kasih atas doa-doa kalian. Mohon agar ALLAH sentiasa merahmati anda semua. Amin ya rabbal a'lamin.... :)

Ok lah, berbalik pada tajuk entri!!!

Misz Yuyu ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA kepada semua pembaca blog Misz Yuyu dan tidak pernah Misz Yuyu lupakan kepada followers kesayangan Misz Yuyu (macam lah ramai sangat?? tangan di dada, mata ke atas!) Then, selamat menjalani ibadah korban kepada anda semua. Semoga segala yang kita lakukan adalah ikhlas dan atas nawaitu yang betul. InsyaALLAH! :)

Tapi kan you all... Misz Yuyu nak tanya, apa pengorbanan terbesar yang pernah you all buat dalam hidup you all semua? Hurmmmm..... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan... :)

SALAM AIDILADHA 1432H,
With a bundle of love,
Misz Yuyu.....