Make It Real, Dear! :)

Make It Real, Dear!  :)

Sunday 7 August 2011

~ Kisah Dua Hati! ~

Di saat kita berbaring merenung bintang-bintang di langit,
Kita saling tertanya-tanya, siapa diri kita yang sebenar??
Aku mahu tahu, apa yang kau lihat tentang diri ku??
Adakah luaran diriku sahaja... atau dalaman diriku juga??
Atau seluruh perasaan ku terhadap mu??
Atau bagaimana??
Aku mahu tahu!

Usaplah jari jemari mu pada rambutku,
Genggamlah seerat-eratnya tanganku,
Peluklah tubuhku sekejap-kejapnya!
Kucup bibirku...
Biarkan aku terus terlena dalam dakapan hangatmu.....
Biarkan...! Aku mahu terus begitu!
Tunjukkan padaku bahawa engkau benar-benar peduli...
Hari demi hari... dan selamanya!

Ketika aku tak punya kekuatan,
Saat kau katakan `aku cinta padamu!'
Saat itulah aku memberi kau kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku juga mencintaimu!
Ya! Seluruh jiwa dan ragaku serta seluruh hidupku...
Aku serahkan kepadamu...
Kerana aku benar-benar menyayangimu....

Aku senang untuk kau tahu...
Bahawa aku adalah milik mu...
Kerana engkau juga milik aku sepenuhnya!
Aku mahu bertahan selamanya...
Untuk kita akan selalu dan terus bersama....
Merasa segala kemanisan dan kesakitan bersama....
Aku ingin kau selalu dekat dengan ku....
Dalam setiap pelukan, kucupan!

Saat aku bersamamu, aku merasakan wujud cinta sejati antara kita!
Benar! Getar hatiku menyatakan kau adalah raja yang akan terus bertakhta di segenap pelusuk ruang hatiku!
Aku cinta padamu, TENGKU AMIR QAHHAR BIN TENGKU MUHAMAD!
Aku benar-benar mencintaimu!

Memelukmu erat seerat-eratnya dan tidak mahu melepaskanmu pergi walau sedetik pun!
Jangan biarkan aku hilang di lautan yang luas!
Kerana aku milikmu! Itu yang pasti!
Aku milikmu untuk selama-lamanya!
Aku bukan beromong-omong kosong...
Langsung tidak sekali-kali..!

Tanpamu disisi... aku lemah...
Aku mati... tak mahu hidup...
...pun tak mampu!


P/S: sorry.. pic lama! zaman mudo! uishh....




"mummy sayang daddy sangat-sangat-sangat...sampai matiiiii!!!!!"
craziest in LOVE with him,
Misz yUyU
~Make It Real, Dear!~





No comments:

Post a Comment